Apa itu Pneumonia? Ketahui Bahaya Penyakit Pneumonia Ini Kepada Bayi Dan Cara Terapi Pneumonia

Assalamualaikum

Harini sy nak citer pengalaman sy jaga baby sy Naufal Tabrani yg sakit pneumonia selama 2 minggu. Alhamdulillah hari ni anak sy dah sembuh dr kuman yg ada dekat paru2 dia cuma skrg tggl batuk dan selsema biasa sahaja doktor ckp batuk pada baby amek masa sikit utk sembuh. Kepada ibu2 di luar yg x tahu apa ke benda PNEUMONIA tu apa sini sy pendekkan penyakit nih.

APA ITU PNEUMONIA?


Paru-paru berair, pneumonia adalah, penyebab radang paru paru pada bayi, cara merawat bayi pneumonia, pengalaman bayi pneumonia, pengobatan pneumonia pada anak, pneumonia pada bayi baru lahir, terapi pneumonia, rawatan sonotron

Pneumonia adalah jangkitan kuman pada paru2 disebabkan oleh virus atau bakteria yg datang dr environment, manusia lain,dan boleh jugak jd sbb keturunan.Penyakit ni banyak kena dekat kanak2 yela kanak2 ni sgt aktif kita sbg parents pun kadang2 ssh nak halang penyakit ni dr datang kat anak kita. Cam naufal dia sgt aktif, time dia merangkak tu laju sgt pegang mcm2 brg yg kita x tahu kuman apa yg ada kt tempat dy main tuh.

PENGALAMAN SAYA MENGUBATI ANAK

Oklah sy nak citer apa yg trjdi kat anak sy utk panduan ibu2 di luar. Mula2 naufal demam panas yg x kebah2 selama 3 hari panas dia mcm api ohhh letak tuala pun tuala tuh yg berasap haa sampai gitu! sy pun naik risau la time tu nape anak sy demam kuat sgt bg ubat paracetamol pun xdek effect pe pun.

Paru-paru berair, pneumonia adalah, penyebab radang paru paru pada bayi, cara merawat bayi pneumonia, pengalaman bayi pneumonia, pengobatan pneumonia pada anak, pneumonia pada bayi baru lahir, terapi pneumonia, rawatan sonotron
Hospital Columbia Setapak

#1 LAWATAN KE HOSPITAL COLUMBIA SETAPAK UNTUK DIAGNOSIS PNEUMONIA

Esoknya sy n hubby pergi ke Columbia Hospital dekat Setapak utk buat full check up ( amek darah,scan perut, x-ray dada). Waktu tu kami syak anak kami kena denggi tp pas amek darah result denggi negatif. ohh lupa ckp naufal scan perut sbb 3 hari x berak kami risau dy demam sbb usus dy tersumbat ke apa alhamdulillah clear je usus dy just byk angin kt perut doktor pakar tu ckp. Btw kalau ada yg nak tnye kos check up tu mahal gaklah RM 500 gitu, disbbkan nak result yg terus dapat tu pasal pergi jgk hospital swasta. 

Paru-paru berair, pneumonia adalah, penyebab radang paru paru pada bayi, cara merawat bayi pneumonia, pengalaman bayi pneumonia, pengobatan pneumonia pada anak, pneumonia pada bayi baru lahir, terapi pneumonia, rawatan sonotron
Contoh sampel X-ray kalo anak anda dijangkiti mycoplasma pneumonia (gambar hiasan)
Pastu checkup naufal doktor sahkan ada jangkitan kuman (mycoplasma pneumonia) pada paru2 naufal.Perasaan sedih yg teramat sgt time tahu tuh yela baby kita kecik lg baru 8 bulan da ada penyakit. Bila anak yg kecil sakit ibu mana yg x sedih kan? lg2 yg blm pandai ckp bila dia nangis meraung sakit kita x tahu kat bahagian mana yg dia sakit.

Doktor pakar suruh admit naufal ke dalam wad. Doktor pakar ckp diorg x pasti samada pneumonia itu mungkin disebabkan bakteria tapi tak pasti jenis yang mana, so diorang suro admit beberapa hari utk test dengan beberapa jenis antibiotik dan tengok samada menjadi atau x (bermula dari yang tak kuat sehingga yang kuat - sampai2 la anak saya bagi reaksi positif)..Whatttt??..sy ngn hubby risau sgt dgr part tuh. Kalau jangkitan bakteria, sebenarnya mmg boleh sembuh hanya dgn minum byk air tapi antibodi kita sendiri kena kuat utk lawan penyakit.

Problemnye blood test result pun diorang kata naufal punye antibodi neutrophil pada paras lebih rendah daripada tahap normal utk baby survive!..dgr berita ni trus laju kitorang mintak surat refer letter utk bwk naufal ke hospital selayang (sebabnya pun pasal budget - diorg kata anggaran kos tu lebih kurang RM1000-2000++ utk rawatan dan wad selama 3-5 hari - adui, masa tu Hubby x dpt gaji lg - plus insurans pun x buat lagi time tu - moral of the story: Cepat2 lar dapatkan pelan insurans medical untuk anak - lagi bagus sebelum anak tu lahir!)

#2 LAWATAN KE HOSPITAL SELAYANG UNTUK RAWATAN

Dalam pukul 2 camtu kami sampai hospital selayang. Naufal kena pergi bahagian fever, lepas jumpa doktor situ naufal diberi ubat antibiotik dan ubat demam. Doktor cakap x serius boleh bawak balik xyah masuk wad selagi nafasnye ok x tercungap2 dan masih ingin menyusu . Sy dan hubby jd tercengang gak la sbb tengah keliru dgn perbezaan pendapat 2 doktor. Malam tu naufal meraung nangis sakit, tapi kami x bwk pun hospital just bg ubat n tenangkan dy. Naufal dah xnak menyusu dan makan ubat2.

#3 MENUKAR KE TERAPI PNEUMONIA ALTERNATIF: SONOTRON

Dia asyik muntah2 dan muntah episod muntah ni sampai ke harini sebenarnyer. 3 hari kemudian keadaan naufal masih sama, panas yg x berkurang malah makin teruk naufal start selsema dan batuk berkahak. Bila malam dia menangis makin kuat sakit kat dada ditambah dgn susah nak nafas sbb selsema. Sy mmg berjaga sepanjang mlm risau tgk naufal bernafas. Hubby cari macam2 cara kat internet macam mana nak sembuhkan naufal selain pergi hospital. Then terjumpa lar terapi alternatif sonotron. 

Rawat Pneumonia Pada Bayi, terapi pneumonia pada anak, cara mengatasi pneumonia

Rawat Pneumonia pada bayi, terapi pneumonia pada anak, antibiotik untuk pneumonia, cara mengatasi pneumonia, antibiotik untuk pneumonia anak

Lepas cuba sonotron 3 hari berturut2 naufal punye nafas better kahak kuar ikut muntah dan berak.Tapi bila malam naufal still nangis jerit2 sakit lg  pastu esoknya naufal amek injection antibiotik lincomycin cucuk kt punggung dia disbbkan naufal xnk terima ubat dan makanan dah. Antibiotik nih kena amek 3 kali sehari sekali.

Injection antibiotik ni sy amek dkt Klinik Fauziah kt bwh tempat sonotron (Pusat Terapi Shafa) tu.

terapi pneumonia pada anak, antibiotik untuk pneumonia, cara mengatasi pneumonia, antibiotik untuk pneumonia anak

Sepanjang sakit naufal x nak makan badan habis susut. sedihnya mama yg baru nak gemok2kan naufal.

#4 LAWATAN KE HOSPITAL PUTRAJAYA UNTUK RAWATAN LANJUT

Risau dgn keadaan naufal sy n hubby sanggup travel dr gombak ke Hospital Putrajaya yg dikatakan bagus servisnya oleh blogger2 lain.

Hospital Putrajaya

sedih tgk anak mama kena cmni :-(((


Memang betullah Hospital Putrajaya caring sgt dgn patient dia, Naufal terus diberi masuk ke dalam lepas baca surat refer doktor. Lepas cerita pnjg lebar keadaan Naufal, doktor terus bg Naufal neb , drip masuk air dan juga oksigen. Sementara tuh Naufal diambil darah dan X-ray  lg sekali utk tahu keadaan paru2 dia. Resultnye paru2 Naufal clear dr kuman.Syukur Alhamdulillah. Sebenarnya itu je yg sy n hubby nak tahu. Kami nak naufal di x- ray semula lepas dah mcm2 ikhtiar kami cuba. Kepada ibu2 di luar bolehlah cuba apa yg sy dah buat ni ye tuk anak sakit pneumonia. Nak anak sihat mcm2 usaha di buat. Bila anak dah sihat rasa lega teramat sgt.:) Sy dah singkatkan kat bwh cara sy rawat pnemonia Naufal.
kepenatan menangis sampai tertido.

Alhamdulillah, sekarang sihat walafiat dah anak mama papa ni!


KESIMPULANNYA, INI TERAPI PNEUMONIA BAYI YANG BOLEH ANDA GUNAKAN:

1) kasi paracetamol dan antibiotik amoxicilin (liquid) - lebih bagus kena dapatkan preskripsi doktor dulu
2)kalo anak reject/muntah balik ubat liquid, terpaksa lar amek injection antibiotik lincomycin utk mycoplasma pneumonia 
3)Rawatan sonotron (utk buang kahak byk kt paru2 - terapi yang tidak perlu menggunakan teknik sedut kahak tetapi hanyalah melalui gelombang) - kalau nak tau lebih lanjut, bole google 'Sonotron Therapy' atau 'Terapi Sonotron'
4) Kalo dah takde aral jugak, barulah masuk air,neb dan oksigen di Hospital

* susu ibu tetap kena bg dan byk bg anak minum air suam.

CARA ELAK SERANGAN PNEUMONIA PADA BAYI

1) Elak bawa anak pergi tempat sesak org ramai terutamanya jika ada org batuk/selsema
2) Elak bawa anak travel sblm umur setahun
3)Bersihkan tempat/ persekitaran anak selalu bermain.
4) Sentiasa bersihkan tgn anak.
5) Dan kalo anak yg tengah demam/selsema tiba2 merengek nangis pelik tgh2 mlm/ada bunyi mcm sesak nafas dan sakit perut (bukan kembung perut), jgn tunggu - terus je pegi checkup kat hospital
6) Elakkan persekitaran rumah tu ada haiwan peliharaan mcm kucing, arnab dsbgnya, kalau bela pun, letakkan dalam sangkar atau elakkan berada berdekatan bayi seboleh-bolehnya sehingga anak tu besar skit.
7) Elak pergi ke hospital / tempat org sakit melainkan jika perlu buat checkup
8) Elak pergi  bawa bayi ke water park / kolam yg share ramai org luar
9) Beli satu air purifier utk elak udara kotor dalam rumah (terutamanya zaman jerebu camni)
10) Dan paling penting, spare skit duit lebih untuk berikan vaksin pneumococcal utk mengelak serangan pneumonia yang seterusnya - ini saya ada kepilkan list klinik daripada blog Whitevincci (harga mungkin bukan yang updated tau):

Senarai Klinik Yang Menawarkan Vaksin Pneumococcal


Selangor
Polikinik Shaik. Kota Kemuning, Shah Alam : RM50 1st dos, RM220 dos seterusnya.
KPJ Shah Alam: RM240++
DEMC: RM200++
KPMC, Kajang : RM240
An-Nur Specialist Hospital, angi: RM250
Pusat Rawatn Islam Az-Zahra, Bangi: RM250
Klinik Medi Nur, Puchong: RM200
Klinik Pakar Kanak-Kanak Chua, Kota Damansara: RM290
Klinik An-Nur, Presint 15, Putrajaya: RM245
Poliklinik UKM: RM180

Kuala Lumpur:
Hospital Pusrawi : RM227
Klinik Seri Indah, Taman Samudera, Batu Caves: RM210
Hospital Columbia Asia, Setapak : RM245
Hospital Al Islam, Kg Baru: RM250
Klinik Fauziah, Ampang: RM210

Melaka
Poliklinik Wahidah, Ayer Keroh: RM220

Pahang
Klinik Al Farabi/ Hospital PRK Muip, Kuantan : RM220

Penang
Island Hospital, Penang: RM2xx-RM3xx


Last sekali terima kasih yg sudi baca. Semoga dgn baca blog sy ni boleh bantu ibu2 di luar serba sedikit rawat anak sakit pneumonia. Yang penting Ikhtiar dan doa.

Kalo ada sebarang pertanyaan, akak2 jangan segan silu tinggalkan komen di bawah ye...insyaAllah, kalo sy ada masa, sy akan reply semula. :) 




No comments:

Post a Comment